Cara Pemakaian Tudung Hamidah Nipis

Assalamualaikum w.b.t


Disini saya nak kongsi cara-cara pemakaian Tudung Hamidah. Sebenarnya, banyak lagi cara untuk kita menggayakannya..Untuk kali nie, saya share yang simple je dulu yer.. InsyaAllah jika ada kesempatan, saya akan kongsikan teknik-teknik yang lain pula.. Sedikit penerangan tentang Tudung Hamidah Nipis ni, Tudung nie actually terdapat beberapa jenis kain net.. Memang ada yang agak jarang, tetapi ada juga materialnye yg agak tebal yg membolehkan kita sarungkan sebegitu sahaja. Untuk yang jarang, saya sarankan untuk memakai anak tudung kt dalam tu.. supaya tertutup apa yang sepatutnya kita lindungi :) Material net yang ada pun macam2 sebenarnya, ada yg agak kasar, ada yg agak lembut, tapi yang pasti.. setiap jenis material ada peminatnye.. hehe..



  • Tudung nie mempunyai belahan kat tengah-tengah dada..(sebelah panjang & sebelah pendek)


1) Mula-mula, pakai anak tudung (kalau tak pakai pun takpe, bergantung kpd material), Kemudian sarungkan tudung dan sematkan kerongsang dibawah dagu mengikut keselesaan (pastikan kemas) dan tarik tudung tersebut kebelakang. Bagi material net yg agak keras & kasar, selalunya awning akan terbentuk dengan sendirinya (mcm model ni pakai) manakala bagi material net yg lembut, awning tudung tersebut agak sukar dibentuk dan memerlukan sokongan awning keras anak tudung (ada juga yg suka pakai sebegitu sahaja, terpulang pada selera sipemakai) Material net yg lembut ni selalunya akan menghasillkan 'scallop' yg beralun cantik di bahagia dada.


IMG_1622.jpg


2) Kemudian, tarikkan belahan kain yg panjang tu kesebelah bahu dan pinkan


IMG_1623.jpg


3) Bahagian yg pendek pula ditarik ke sebelah lagi bahu dan bolehlah disematkan kerongsang


IMG_1624.jpg


4) Siap!! Senang je kan?? ;)


IMG_1625.jpg

0 comments: