Untuk perhatian Para Pelanggan dan Bakal Pelanggan yang dihormati:-
Buat masa sekarang bagi pembelian melalui online, pihak Butik Puteri hanya menyediakan satu mekanisma atau cara sahaja secara automatik didalam sistem iaitu Pembayaran melalui Bank-In atau dengan kata lain memasukkan duit pembayaran kedalam Akaun yang telah disediakan.
Kami masih lagi menggunakan cara ini kerana ianya selamat dan cepat. Cara pembayaran yang lain seperti melalui card kredit, paypal dan sebagainya masih didalam peringkat kajian dan mungkin ianya akan memakan masa yang agak lama untuk dilaksanakan disini.
Walaubagaimana pun, kami mencadangkan anda terus menggunakan mekanisma pembayaran Bank-In ini samaada melalui Maybank2u atau menggunakan mesin "Cash Deposit" dicawangan Bank berhampiran.
Ini kerana ianya lebih pantas, efisien, mudah dan yang paling penting ianya adalah selamat.
Selamat membeli-belah bersama Butik Puteri, sesungguhnya kami akan terus mencuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda sebagai Pelanggan kami.
Diharap info ini dapat memudahkan transaksi anda.
Sekian, Terima Kasih.
0 comments: