Kongsi Gambar Pameran dan Jualan di Putrajaya

Salam kepada semua Pelanggan yang dihormati dan dikasihi sekalian...


Pada 8 & 9 November yang lepas, buat pertama kalinya ButikPuteri.com telah terlibat sebagai peserta tapak jualan didalam satu acara sukan air yang berprestij iaitu "PUTRAJAYA WATERSKI WORLD CUP 2008" yang telah diadakan di Putrajaya.


Penglibatan ButikPuteri.com ini adalah diatas bantuan dan pertolongan dari salah seorang pelanggan kami, ButikPuteri.com amat berterima kasih kepada beliau diatas bantuan ini dan kami amat-amat menghargainya.


Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan yang ingin kami kongsikan bersama semua Pelanggan ButikPuteri.com:-



Foto diatas: Pn. Diba sedia menantikan kehadiran Para Pelanggan.



Foto diatas: Pn. Diba dan Dya adalah 2 orang jurujual yang banyak memainkan peranan di tapak jualan.



Foto diatas: Antara produk yang dipamerkan dan dijual.



Foto diatas: Pn. Diba sedang menunjukkan demo cara pemakaian tudung yang betul dan ringkas.



Foto diatas: Para Pelanggan begitu tekun mendengar dan melihat demo yang diberikan.


Semoga gambar ini dapat menjadi tatapan kepada semua Pelanggan ButikPuteri.com yang tidak dapat hadir disana pada hari tersebut.


Apa yang penting sokongan dan dorongan anda sentiasa berada bersama kami...


Sekian, Terima Kasih...

0 comments: